Monday, February 23, 2009

Peruntukan RM80j untuk bina ‘laluan lebuh raya’ Keningau


KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj. Karno berkata, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan kira-kira RM80 juta untuk mengatasi kesesakan jalan raya di kawasan bandar Keningau. Katanya, peruntukan itu yang akan digunakan untuk membina ‘laluan lebuh raya’, serta menaik taraf beberapa bahagian yang menyukarkan perhubungan ke Bandar itu, diperolehi melalui surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangani oleh semua wakil-wakil rakyat di kawasan pedalaman. “Inilah keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat di sini,” katannya ketika ditemuramah oleh Keningau FM yang disiarkan secara langsung.

Siaran Keningau FM boleh dicapai di seluruh dunia mela-lui internet. Pembantu menteri itu ber-kata, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman tu-rut meluluskan sebanyak RM220 juta untuk mengatasi masalah air di daerah Keningau.“Begitu juga dengan masa-lah bekalan elektrik … agensi-agensi kerajaan sedang membuat perancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Begitupun kata Sairin, perlaksanaan projek tersebut me-lalui beberapa peringkat dan bergantung kepada oeruntukan yang disalurkan. “Rakyat perlu bersabar,” jelasnya dan menekankan, kerajaan sentiasa memikirkan kaedah yang terbaik untuk menyalurkan pembangunan kepada rakyat.

Mengenai masalah perumahan di kawasan DUN Liawan, Sairin berkata Syarikat Peru-mahan Negara sedang membina kira-kira 380 unit untuk memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu. Selain daripada itu katanya, kerajaan juga telah memperuntukkan kira-kira RM3 juta untuk menaiktaraf sekolah daif di ka-wasan pedalaman, yang antara-nya SK Luagan dan beberapa buah sekolah yang lain. Beberapa minggu yang lalu Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishammudin Tun Hussien, mengumumkan peruntukan sebanyak RM 2 juta untuk memperbaiki sekolah-sekolah daif di kawasan Pensiangan. Menjawab satu soalan, Wakil Rakyat Liawan itu memberitahu, sebuah laluan pusingan bulatan akan dibina di Simpang Empat Binaong. “Laluan ini kita cadang kepada JKR untuk dibina bagi mengatasi kemalangan yang sering berlaku di kawasan itu,” katanya.
>
>
Sumber: New Sabah Times, 23rd February, 2009

1 comment:

rumandawi said...

Memang wajar benarlah kalau laluan pusingan bulatan tu dibuat. sudah banyak kemalangan yang berlaku di simpang empat tu tidak kiralah teruk atau tidak. Adalah beberapa kali saya nampak kemalangan di sana. kadang2 takut jugak mo lalu lebih2 lagi kalau banyak kereta.. Takut kalau2 kereta dr kg. binaong dan bingkor tiba2 ja keluar x tengok kereta dari arah apin-apin dan pekan keningau. Harap pembinaannya dipercepatkanlah ye.