Thursday, June 17, 2010

PRU BOLEH DIADAKAN JIKA EKONOMI & POLITIK STABIL

KUALA LUMPUR 17 Jun- Ekonomi yang pulih sepenuhnya dan politik yang stabil merupakan dua faktor utama untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mengadakan pilihan raya umum.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata faktor tersebut perlu benar-benar berlaku untuk membolehkan BN mencatat kemenangan majoriti.

Bagaimanapun, beliau berkata kerjaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilhan raya umum dalam masa yang terdekat kerana bimbang fokus kerajaan untuk membawa rakyat dan negara ke arah yang lebih maju akan tersasar.

"Kita tidak boleh bersandarkan pada tinjauan semata-mata kerana tinjauan tersebut mungkin hanya untuk tempoh dan atas alasan-alasan tertentu sahaja, bukan dilihat secara keseluruhan.

"Tambahan, untuk menang besar, kerjaan BN memerlukan jaminan sokongan rakyat serta memerlukan dua pertiga kerusi Dewan Rakyat", katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau awal mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak yang memaklumkan kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini.

Mohd Azizuddin berkata, berhubung nilai kejutan di sebalik tarikh pilihan raya itu, jika Perdana Menteri mengumumkan tarikh pilihan raya dalam masa terdekat pun sudah cukup untuk memberi kejutan kepada pihak pembangkang.

Namun katanya, dalam suasana politik hari ini pembangkang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan oleh kerjaan BN.

"Perkara itu harus dibimbangi oleh semua parti komponen BN kerana itu adalah kekangan untuk BN menang.

"Kecuali BN merasakan ada isu-isu tertentu yang membolehkan mereka menarik sokongan semua kaum dalam negara, itu tidak mustahil", ujar beliau.

Sementera itu, pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugam Pandian turut berpendapat dua faktor utama itu akan memainkan peranan penting untuk BN berjaya.

Selain itu, kata beliau, kerajaan juga perlu mengambil kiira kejayaan di sebalik dasar-dasar yang diumumkan dalam tempoh setahun ini.

Ia termasuklah Rancnagan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kata beliau, sekiranya semua gagasan itu tercapai dengan jayanya, tanpa perlu menunggu Perdana Menteri wajar mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tunaku Mizan Zainal Abidin untuk pembubaran Parlimen.

Menurut Sivamurugam, antara aspek yang perlu BN ambil perhatian ialah Perdana Menteri perlu yakin bahawa rakayat bukan sahaja menerima beliau malah mereka perlu menerima BN secara keseluruhan.

"Sehubungan itu BN perlu memperbaiki keserasian di antara mereka dan paling penting di kalangan komponen BN itu sendiri." jelas beliau.


Sumber: Utusan Malysia Online, 17 Jun 2010.

TARIKH PILIHAN RAYA SATU KEJUTAN, KATA NAJIB

Tumpat: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini kelmarin, beliau berkata pelbagai fator perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia", kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangakan tinjauan menunjukkan sokongan beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Satu kajian oleh Merdeka Centre For Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata Barisan Nasional perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan.

"Usakan kita pertana sekali ialah untuk kuatkan parti. Kita juga perlu mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa," katanya.

Mengenai majlis menghadap Sultan Kelantan Tunaku Ismail Petra di Istana Mahkota di Kota Baharu sebelum itu, Najib berkata acara itu adalah kunjungan peribadi dan bukannya lawatan kerja.

"Keadaan sultan semakin baik berdasarkan taklimat yang diberikan oleh doktor peribadi sultan", katanya.


Sumber: New Sabah Times, 17 Jun 2010