Thursday, November 3, 2011

NIKMAT PERPADUAN WAJAR DIPERTAHANKAN

Malaysia dari segei dimensi politiknya memerlukan "politik permuafakatan" yang dapat menyatukan elit-elit politik pelbagai kaum secara kukuh, mantap dan berkesan demi kepentingan negara dan rakyat.



MASYARAKAT kita adalah masyarakat yang "plural" atau majmuk. Dalam masyarakat seperti ini, wujud apa yang dipanggil 'social diversities' atau kepelbagaian sosial yang merangkumi etnik, ras, agama, budaya, adat resam dan sosio-ekonomi yang berbeza. Oleh itu, usaha membina perpaduan dan integrasi nasional dalam masyarakat bersifat pluralisme ini bukanlah satu usaha yang mudah.


Begitu pun, kita patut berbangga kerana dari segi rekod, negara sudah membuktikan kepada dunia bahawa kita berjaya membina dan mewujudkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Kesan dari wujudnya perpaduan yang utuh maka kita dapat mengecapi kestabilan politik dan kemakmuran sosio-ekonomi secara berterusan. Sebenarnya, apa yang dicapai itu adalah hasil dari pendekatan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersifat demokratik, pragmatik, progresif dan adil terhadap semua kaum.


Keupayaan dan kejayaan negara mengurus dan mentadbir masyarakat yang majmuk ini telah menarik perhatian masyarakat dunia, terutamanya di kalangan negara sedang membangun untuk menjadikan negara sebagai model atau contoh ikutan. Malah, beberapa negara maju seperti Britain, dan Amerika Syarikat (AS) juga tertarik dan mengiktiraf kejayaan kita itu.


Di kebanyakan negara yang komposisi penduduknya bersifat majmuk, termasuk di negara maju, ketegangan dan konflik kaum dan agama sering berlaku dan menghantui kehidupan masyarakat mereka. Di AS, Britain dan beberapa negara Eropah lain, pergeseran agama dan kaum menjadi semakin berkembang terutamanya selepas berlakunya peristiwa 11 September 2001. Perang terhadap keganasan yang diketuai AS, terutama semasa pentadbiran George W. Bush telah menjadikan masyarakat Islam dari pelbagai keturunan dan kaum sering menjadi sasaran 'amukan' di negara-negara Eropah yang kononnya mengaku bersifat demokratik dan bertoleransi.


Keadaan yang dicetuskan itu lebih kepada sifat prejudis masyakat Eropah dan ainya masih berlaku hingga kini, terutama ketika berlakunya seberang peristiwa pengeboman atau keganasan yang dikaitkan dengan "terorris" Islam. Walaupun tuduhan itu tidak mempunyai sebarang bukti.


Dalam masyarakat majmuk, kebebasan dan hak untuk hidup sepatutnya tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum. Perasaan prejudis terhadap kaum atau agama lain seperti yang berlaku di beberapa negara tidak seharusnya berlaku di negara kita. Segenap kaum sepatutnya berkongsi, saling bertoleransi, bantu membantu dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Seluruh rakyat sepatutnya menjaga batas perhubungan dengan menjauhi isu-isu yang boleh menyemarakkan api perkauman.


Kita seharusnya memahami bahawa selama ini sikap bersedia menerima keplbagaian sebagai satu kekuatan dan keindahan dalam kehidupan masyarakat di negara ini telah menjadikan masyarakat lebih terbuka dan bertoleransi. Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara ini berjaya membentuk sikap dan orientasi rakyat ke arah kebaikan, kemajuan dan pembangunan. Kerajaan tidak pernah melaksanakandasar "keras" atau paksaan dalam mewujudkan perpaduan di negara ini. Dasar kerajaan adalah tidak bersifat assimilatif dalam membina perpaduan kaum.


Kerajaan melihat assimilasi tidak realistik dan praktikal memandangkan demografi dan kompleksiti kaum di negara ini tidak sesuai untuk proses sedemikian berlaku. Penyerapan kebudayaan dan assimilasi dibiarkan menyerap dan berkembang dengan sendirinya tanpa seberang paksaan. Apa yang jelas ialah perpadduan yang terbina di negara ini adalah diasaskan melalui sikap toleransi dan sikap bertanggungjawab serta dibinan di atas semangat 'kontrak sosial' yang telah pun diteriama oleh semua kaum di negara ini sejak merdeka lagi.



Satu perkara yang perlu difahami ialah perpaduan dan keselamatan mempunyai hubungan yang cukup erat dalam memelihara keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara. Isuisu perkauman yang boleh bertukar kepada bentuk konflik yang tajam mampu membawa ancaman terhadap keselamatan negara. Jika konflik perkauman seperti itu berlaku dan keadaan konflik itu sukar diurus maka ia boleh menjadi satu "dilema keselamatan" (Collin, 1998).



Collin melihat bahawa ancaman bukannya datang semata-mata dari luar tetapi ancaman keselamatan juga boleh muncul di peringkat domestik (dalaman) seperti konflik etnik. Justeru, kita tidak harus membiarkan golongan atau puak pelampau bertopengkan agama dan perkauman mempengaruhi psikologi, emosi dan minda rakayat kerana kesannya cukup mendalam yang boleh membawa kepada anarkisme dan kehancuran negara.


Golongan ini, walaupun tidak dominan tetapi kesan sebaran dakyah mereka liar dan bermaksud jahat itu mampu menyemarakkan isu communal sebagai pengalaman kita dalam peristiwa 13 Mei 1969. Golongan cauvinisme ini gemar bermain dengan emosi dan persepsi dalam membangkitkan semangat perkauman yang melampau.


Di dalam dunia moden hari ini konflik etnik yang melibatkan pertikaian mengenai isu-isu agama dan hak asasi manusia boleh mengundang campurtangan luar. Biasanya campurtangan luar itu datang dari pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan agenda tertentu untuk melihat negara menjadi huru hara, lemah dan hancur. Untuk mengatasi persoalan in maka kita hendaklah kembali kepada asas-asas yang telah dibina selama ini. Di antaranya:



  • Rakyat hendaklah terus mempertahankan dasar kerjasama dan permuafakatan politik seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN). Kita harus faham bahawa Malaysia dari segi dimensi politiknya memerlukan 'politik permuafakatan' yang dapat menyatukan elit-elit politik kaum secara kukuh, mantap dan berkesan supaya dasar-dasar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, gabungan parti-parti politik yang tidak diterjemahkan di dalam senario politik tanah air. Gabungan seperti ini mempunyai kecenderungan berkonflik sesama sendiri sehingga meninggalkan kesan tidak baik terhadap kestabilan politik negara.

  • Semangat perlembagaan yang mengandungi 'kontarak sosial' yang telah dirangka akan diterima pakai oleh pelbagai kaum sejak merdeka lagi hendaklah terus dipertahankan dan dihormati oleh semua pihak.

  • Menutup suara-suara ektrimis yang mampu menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan negara melalui dasar keselamatan yang tegas ke atas mereka yang benar-benar mengancam keselamatan negara.

  • Tidak sepatutnya ada tolak ansur ruang kepada anasir-anasir subversif yang pandai mempermainkan isu-isu kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang tidak secocok dengan iklim demografi (kependudukan) dan budaya negara kita.

  • Program pembangunan perlu seimbang dan dapat dinikmati oleh semua kaum secara adil dan saksama. Jika 'keadilan sosial' ini dapat terus dilaksanakan, terutama di bawah pentadbiran kerajaan yang mendukung Gagasan 1Malaysia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kestabilan politik dan keamanan negara akan terus dapat dipelihara.

  • Melaksanakan amalan demokrasi secara sihat dengan memberi rang secukupnya untuk rakyat melaksanakan hak-hak mereka. Namun, tuntutan demokrasi yang melampau sehingga mengetepikan soal-soal sensitif yang boleh menimbulkan huru hara dan ancaman keselamatan harus dibendung dan dikawal tanpa kompromi. Suara-suara liar dalam tuntutan kebebasan bersuara tidak seharusnya dibiarkan berkembang dan dilayan.

Sumber: Mohd Ayop Abd Razid, 2009. Gagasan 1Malaysia Kesinambungan Bina Negara Bangsa





Tuesday, November 1, 2011

HANYA MALAYSIA SATU-SATUNYA NEGARA YANG KAWAL HARGA BARANG

12 Barang Kawalan Berjadual

1. Minyak Masak
2. Gula
3. Tepung Gandum
4. Roti (Semua Jenis)
5. Ayam
6. Baja
7. Gas LPG
8. Diesel
9. Petrol, Sprit Motor, Gasolin Motor Semua Gred
10. Minyak Tanah
11. Simen
12. Bar Bulat Keluli Lembut