Thursday, August 25, 2011

GERAN KOMUNAL






Pekan Kemabong terletak kira-kira 22 KM dari Pekan Tenom. Dan merupakan pusat pentadbiran bagi kawasan DUN N.36 Kemabong. Suku kaum murut Tagol/Tahol merupakan kaum majoriti bagi kawasan ini dan dianggarkan mempunyai pengundi sebanyak 10,589 orang (Sumber: SPR Februari 2008).


Y.A.B Dato’ Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia dalam lawatan kerjanya ke Pekan Kemabong telah menyaksikan majlis menandatangani dan penyerahan geran komunal antara Sabah Land Development Berhad (SLDB) dengan penduduk kampung pada 30hb Jun 2011 di Padang Pekan Kemabong, Tenom. Pada majlis tersebut, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak 2.8 juta untuk menaik taraf jalan kampung melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan sebanyak RM 3 juta untuk membina Rumah Panjang dan Pusat Kraf tangan Kaum Murut sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Antara Pengisian Program;-

a). Penyerahan Geran Komunal iaitu 700 penduduk di Kg Kavintaluan, 113 orang diKg Pangulobon 1, & 41 orang di Pangulobon yang membabitkan 8,000 ekar yangakan dibangunkan dengan tanaman sawit dan getah.

b). Sambutan Saminali (tradisi kaum Murut).

c). Ratu program juara rakyat.

d). Pameran agensi kerajaan persekutuan & negeri.

e). Konsert juara rakyat (artis undangan dari Indonesia & Tempatan)



Dianggarkan 10 ribu orang hadir dalam majlis tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Program ini berjaya dilaksanakan dan akan memberi impak yang positif pada Pilihan Raya Umum Ke -13.