Thursday, May 28, 2009

Ancaman neo-komunisme boleh hancurkan negara


PASUKAN keselamatan memburu pengganas komunis pimpinan Chin Peng (gambar kecil) di pinggir hutan di Labis, Johor pada September 1964. Rakyat perlu sedar keganasan penyokong Chin Peng ketika darurat menimbulkan pelbagai kesulitan PENGERUSI Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan menerima kutukan berterusan daripada pelbagai pihak berikutan cadangannya baru-baru ini agar kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang kini menetap di perkampungan khas di Selatan Thailand, pulang ke Malaysia. Reaksi terbaru ialah daripada Naib Presiden Gerakan sendiri, Mejar (Kehormat) Huan Heng Guan yang mahukan rakan seperjuangan beliau itu disingkirkan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. Menurut Guan, anggota Gerakan pada peringkat akar umbi juga mahu tindakan diambil terhadap Dr Teng kerana menyebabkan parti terbabit dipandang serong dan dianggap buta sejarah. Sama ada Dr Teng akan akhirnya menerima hukuman setimpal daripada partinya kerana kenyataan yang cukup sumbang itu, bukanlah sesuatu yang relevan.

Apa yang lebih relevan dan perlu diberi perhatian serius ialah suasana yang melatari negara ketika kenyataan itu dibuat. Hakikat bahawa kenyataannya dikeluarkan pada saat negara sedang berdepan pelbagai kemelut sosial, politik dan ekonomi serta ketika parti politik pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang sibuk memperjuangkan apa yang mereka sifatkan sebagai penindasan terhadap golongan bawahan oleh pemerintah, tidak harus dipandang sepi. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai blog antikerajaan juga sering memuatkan tulisan yang seolah-olah bertujuan menimbulkan ketegangan dan pertelingkahan antara kelas di negara ini. Semua fenomena ini terlalu ketara untuk dianggap sebagai berlaku secara kebetulan. Lagi pun, ini bukan pertama kali cadangan untuk membenarkan Chin Peng yang secara langsung bertanggungjawab terhadap pembunuhan ribuan anggota angkatan tentera, polis dan orang awam itu disuarakan oleh pihak tertentu.

Puluhan ribu lagi bekas tentera dan polis serta rakyat biasa dan anggota keluarga masing-masing terpaksa menderita kerana kecederaan, cacat anggota atau kehilangan keluarga tersayang angkara Chin Peng dan rakannya yang melancarkan perang gerila dari hutan belantara sepanjang tempoh darurat dulu yang bermula pada awal 1948. Di samping itu, harta awam bernilai jutaan ringgit juga turut dimusnahkan oleh Chin Peng dan rakannya dalam usaha mereka mensabotaj ekonomi negara. Orang Melayu di Teluk Intan, Sungai Manik dan Parit di Perak, terutama warga emas, tentu masih belum boleh melupakan bagaimana ganasnya pengikut Chin Peng menggeledah kampung halaman mereka pada waktu malam untuk mencari apa yang mereka anggap sebagai anjing dan ejen kerajaan. Akibatnya ratusan orang kampung yang tidak berdosa, termasuk ketua kampung dan imam, diseret keluar dari rumah masing-masing, lalu disembelih dengan kejamnya. Tanpa sebarang rasa peri kemanusiaan dan belas kasihan, mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Perak dengan tidak dimandikan, dikapan atau disembahyangkan. Begitulah kejamnya tindakan dilakukan anggota PKM terhadap orang Melayu dalam tempoh singkat ketika kebangkitan Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah lalu berundur dari Tanah Melayu ketika tamatnya Peperangan Dunia Kedua dulu.

Peristiwa ini yang jelas tercatat dalam lipatan sejarah negara tidak mungkin dapat dilenyapkan oleh sesiapa hatta oleh mereka yang bersimpati atau pernah bersimpati dengan gerakan komunisme di Malaysia. Oleh itu, sebarang usaha untuk menidakkan fakta sejarah ini apatah lagi untuk mewajarkan pemberontakan bersenjata yang dilancarkan PKM sepanjang tempoh darurat dulu sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan seperti yang diajukan oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini, jelas bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk menghidupkan semula fahaman komunisme di negara ini. Natijah ini diperkuatkan lagi oleh pelbagai petanda jelas dalam pergolakan politik tanah air pada waktu mutakhir ini. Seperti dinyatakan pada awal tadi, usaha untuk membawa pulang Chin Peng yang dilakukan serentak dengan kebanjiran tulisan dalam blog yang secara tersirat mendewa-dewakan komunisme serta kelantangan parti pembangkang dan NGO dalam menyuarakan perjuangan kelas atau class struggle' di Malaysia, memperlihatkan satu pola pendekatan yang sedia diatur secara sistematik. Perbuatan menstruktur masyarakat menurut kelas tertentu ciptaan sendiri seperti Elit Pemerintah atau Elit Umno, Umnoputras, golongan terpinggir dan sebagainya tidak banyak perbezaan dengan istilah marhaen, proletariat atau bourgeois yang dipopularkan melalui teori dialectical and historical materialism ciptaan Karl Marx. Tujuannya ialah untuk menimbulkan kemarahan rakyat biasa terhadap kerajaan dan golongan berada supaya satu hari nanti rakyat akan bangkit memberontak atau menentang kerajaan melalui cara yang tidak semestinya demokratik. Tindakan yang dilakukan untuk mencapai matlamat perjuangan seperti demonstrasi jalanan, mogok lapar atau pelbagai kerenah lain yang berbentuk provokasi dan separa militan juga tidak banyak bezanya dengan kaedah digunakan oleh pergerakan buruh dan pertubuhan berhaluan kiri yang disokong oleh PKM suatu masa dulu. Usaha menyemarakkan kuasa rakyat yang berjaya menumbangkan kerajaan yang sah di Filipina dan Thailand, tanpa menghiraukan undang-undang, juga satu lagi cara yang pernah digunakan oleh puak berfahaman kiri di negara ini suatu masa dulu.
>
Oleh itu, bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin mengesahkan bahawa terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai komunisme. Katanya, gerakan itu dipelopori badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga di kalangan parti politik. Sebenarnya, komunisme sebagai satu ideologi tidak pernah mati. Berakhirnya Perang Dingin yang menyaksikan kehancuran Soviet Union, penyatuan Vietnam dan keruntuhan kerajaan komunis di Eropah Timur pada awal 1980-an, tidak pernah membunuh komunisme. Ia akan tetap muncul semula dari semasa ke semasa selagi ada pihak yang mempopularkan ideologi itu meskipun tidak semestinya dalam bentuk asal ia dicipta. Pendokong fahaman ini di Malaysia mungkin menolak sama sekali perjuangan bersenjata yang pernah dianjurkan oleh Chin Peng dan rakannya. Mereka mungkin memilih cara yang boleh dilihat sebagai mesra rakyat dan kurang menakutkan. Mereka boleh melabel ideologi mereka sebagai neo-komunisme, kalau mereka mahu untuk mengaburi mata rakyat. Tetapi percayalah bahawa komunis tetap komunis walau apa juga baju yang mereka pakai. Bahayanya kepada masyarakat tetap sama. Datuk
>
Sumber: Berita Harian Online (Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama), 27 Mei 2009

Tuesday, May 26, 2009

Raime: Keluarkan perkampungan dalam hutan simpan dan warta tanah kerajaan


TENOM: Ahli Parlimen Tenom Raime Unggi mengesyorkan supaya kerajaan negeri memberi pertimbangan untuk mengeluarkan perkampungan yang sudah wujud sejak dahulu lagi dalam kawasan hutan simpan dan mewartakan sebagai tanah kerajaan. Terdapat kampung-kampung di kawasan ini yang sukar dibangunkan kerana tersekat dengan dasar Jabatan Perhutanan yang melarang penduduk menerokai dan bercucuk tanam secara komersial di kawasan yang mereka diami sejak dari nenek moyang lagi. “Kita bukan membelakangkan dasar kerajaan tetapi kita meminta supaya penduduk yang tinggal di kawasan hutan simpan diberi peluang tinggal dan menerokai kawasan yang sudah menjadi hak asasi mereka,” kata Raime kepada New Sabah Times selepas melawat dan merasmikan Pesta Kaamatan Kg. Abingkoi salah satu perkampungan yang termasuk dalam hutan simpan pada Isnin.

Menurut Raime, kerajaan prihatin memberi pembangunan kepada rakyat di seluruh pelusuk di kawasan ini tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana terhalang dengan dasar hutan simpan.
“Salah satu pembangunan dan kemudahan yang telah dilluluskan oleh kerajaan beberapa tahun lalu adalah bekalan elektrik luar bandar di Mukim Rundum tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan,” katanya. Ini jelas membuktikan kata Raime bahawa perkampungan yang termasuk dalam kawasan hutan simpan tidak dapat dibangunkan.

Justeru itu katanya, kerajaan perlu menimbangkan perkara ini mewartakan kawasan perkampungan yang didiami oleh penduduk turun temurun sebagai tanah kerajaan yang boleh dipohon sebagai hak mi-lik mereka. Bagaimanapun katanya, penduduk perkampungan dalam hutan simpan perlu bersedia jika kerajaan merancang dan mengwujudkan penempatan baru yang lebih tersusun seperti projek agropolitan yang telah dirancang di kawasan seluas kira-kira 6,000 ekar di kawasan Kemabong. “Penduduk kampung dalam kawasan hutan simpan tiada pilihan, selian berpindah ke sesuatu kawasan yang akan disediakan oleh kerajaan jika Jabatan Perhutanan tidak berganjak dengan dasar yang telah ditetapkan,” kata Raime.

Terdahulu dalam ucapan di majlis itu Raime meminta ibu bapa agar memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak disamping meningkatkan ekonomi dengan mengusahakan tanah yang terbiar dengan tanaman yang memberi pulangan lumayan. Dalam masa yang sama Raime berkata, kerajaan terus komited dalam usaha membangun rakyat di kawasan ini termasuk pembangunan pendidikan anak-anak di luar bandar. Katanya, sebelum ini sekolah di Kg. Korolok hanya cawangan Sekolah Kebangsaan (SK) Inubai tetapi kini ia sudah menjadi SK Korolok.
“Inilah bukti keprihatinan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran terhadap pembangunan pendidikan anak-anak penduduk di luar bandar,” katanya.

Hadir sama di majlis itu, Pegawai Daerah Tenom Haji Faimin Kamin, Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Azmal Jumah, Penolong Pegawai Daerah Tenom (Pembangunan) Primus Takom, Pegawai Rela Daerah Tenom Tumang Manon, Rainus Sagulau selaku pengerusi penganjur dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini.
>
>
Sumber: New Sabah Times, 27th May, 2009

Komunis tiada tempat di Malaysia, kata Rais

KUALA LUMPUR: Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini kerana dosa mereka membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak boleh dilupai, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Sehubungan itu beliau meminta pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas dan tidak berlindung di belakang tabir parti politik masing-masing. “Komen saya mudah, Chin Peng dan para komandonya yang bunuh ramai orang dahulu sekali-kali tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan 1Malaysia kepada para pegawai kanan kementerian itu di Angkasapuri di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan. Rais juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar tidak terburu-buru mengikuti dan meminati pembaharuan yang dibuat sesetengah pihak khususnya penulis blog yang cuba mendewa-dewakan fahaman komunisme. “Komunis telah mendera negara ini dan kita telah dibelenggu melalui pembunuhan dan pelbagai tindakan dahsyat, ribuan yang telah mati di tangan komunis sudah cukup bagi kita untuk insaf supaya kita tidak keluarkan sesuatu yang menyamarkan fikiran kita terhadap satu rejim yang begitu dahsyat ketika dulu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang cuba memberi gambaran positif terhadap komunis, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu pada mesyuarat kabinet nanti. “ISA bukan di bawah bidang tugas saya, tetapi saya sedang berurusan dengan menteri berkenaan supaya dia juga bersiap siaga melihat kecenderungan seperti ini. “Apa-apa maklumat yang kita miliki kita akan sampaikan kepada pihak berkuasa pada mesyuarat jemaah menteri minggu ini kerana didapati ada beberapa blog yang sudah mula muncul seolah-olah beri pujian melahirkan perasaan nostalgia kepada komunisme serta angkara yang mereka lakukan,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia atas sebab kemanusiaan memandangkan keganasan komunis sekitar tahun 50-an tidak lagi diamalkan dan komunisme di seluruh dunia termasuk di China serta Rusia juga sudah mengalami transformasi.

Sumber; New sabah Times, 26th May, 2009

Tuesday, May 19, 2009

Draf pindaan perlembagaan Umno hampir siap: Muhyiddin



MUAR: Rangka draf pindaan perlembagaan Umno meliputi pelbagai perkara dalaman parti, termasuk pemilihan pucuk pimpinan serta sistem kuotanya telah pun hampir siap, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata apabila siap kelak dalam tempoh seminggu dua ini, rangka draf pindaan itu akan diedarkan kepada semua badan perhubungan Umno negeri untuk penelitian mereka. “Mereka (badan perhubungan negeri) boleh melihatnya sama ada untuk memberi cadangan mengenainya, menambah baik dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pal-niappa di sini, kelmarin.

Muhyiddin berkata usaha merangka draf pindaan perlembagaan Umno itu dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Katanya, beliau telah pun mengadakan perbincangan dengan Hishammuddin tentang pindaan perlembagaan itu sebelum menjawat jawatan Timbalan Presiden Umno. “Saya sudah memberi beberapa maklumat kepada beliau (Hishammuddin) tentang cadangan pindaan perlembagaan berserta pandangan penasihat undang-undang parti,” katanya.

Beliau berkata pindaan perlembagaan itu akan turut meliputi beberapa perkara yang menyentuh tentang peraturan sedia ada dalam Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno. “Selain itu terdapat juga cadangan supaya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik secara automatik sebagai anggota Majlis Tertinggi parti,” katanya.
Muhyiddin berkata Badan Perhubungan Negeri yang mempunyai pandangan serta cadangan berhubung draf pindaan perlembagaan terbabit boleh mengemukakannya kepada jawatan-kuasa yang diketuai oleh Hishammuddin itu. Muhyiddin berkata apabila cadangan dan pandangan daripada Badan Perhu-bungan Umno negeri diperoleh, rangka pindaan perlembagaan terbabit akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti yang diketuainya. “Selepas itu barulah ia akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) Umno,” katanya.

Timbalan Presiden Umno berkata apabila draf pindaan perlembagaan Umno itu telah muktamad selepas dibawa ke semua peringkat parti termasuk MT, ia akhirnya akan dikemukakan pada Perhimpunan Agung Khas parti. Perhimpunan Agung Khas Umno, katanya akan diadakan pada akhir tahun ini. Mengenai dakwaan berlakunya politik wang dalam PAS menjelangnya pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Muhyiddin berkata ini menunjukkan parti itu tidak terkecuali daripada pengaruh tersebut, malah turut terjejas dengannya. Bagaimanapun, itu adalah perkara dalaman PAS dan Umno tidak akan mencampurinya, kata Muhyiddin.
>
>
Sumber: New Sabah Times, 18th May, 2009.

Tuesday, May 5, 2009

Raime minta Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat diwujud di Tenom




TENOM: Ahli Parlimen Tenom Raime Unggi meminta supaya Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat di-wujudkan di kawasan pedalaman dan berpusat di Tenom. Katanya, pengwujudan pusat itu di sini amat penting bagi memberi pendidikan awal kepada golongan itu bagi menjamin masa depan mereka. “Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kanak-kanak cacat di daerah ini tidak mendapat pendidikan awal kerana ketiadaan pusat itu,” katanya ke-pada New Sabah Times selepas me-mantau program Projek Cari bagi OPS Klien Kawasan Pedalaman Siri 2/2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Parlimen Tenom di Dewan Jinuin Jimin Man-dalom pada Isnin.

Justeru itu katanya, pengwujudan Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat itu penting perlu di kawasan ini bagi menangani keciciran kanak-kanak cacat untuk mendapat pendidikan awal seperti insan normal. “Saya difahamkan jika pusat itu diwujudkan ia menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak cacat, latihan diri dan penjagaan diri,” kata Raime.

Dalam masa yang sama Ahli Parlimen itu turut mencadangkan agar Persatuan Ibu Tunggal ditubuhkan di daerah ini bagi menangani masalah ibu tunggal yang dibebani dengan tanggungan apabila diceraikan oleh suami dan bagi yang kematian suami.
Persatuan itu katanya, penting bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal melalui persatuan. “Kita syorkan ini kerana terdapat ibu tunggal yang tergolong dalam golongan kurang mampu dan sukar menampung perbelanjaan anak-anak,” jelasnya.
Beliau berkata melalui persatuan itu nanti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal di kawasan ini dapat di-suarakan melalui badan yang berdaftar.

Selain itu katanya persatuan orang-orang tua dan Thalasemia juga wajar ditubuhkan di daerah ini. Katanya penubuhan persatuan kedua-dua golongan itu penting bagi membela dan menjaga kebajikan mereka. Terdahulu Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Keningau Ali Hassan Kahar berkata dalam projek cari bagi ops klien Siri 2/2009 di kawasan ini yang membabitkan DUN Liawan, Bingkor dan Melalap lebih kurang 1,000 pemohon telah didaftar. Jumlah ini katanya, dijangka akan bertambah sehingga 2,000 pemohon setelah program yang sama dijalankan di DUN Sook yang berpusat di Mukim Lanas dan Tulid pada 7 – 8 Mei ini dan DUN Nabawan yang berpusat di Mukim Pensiangan pada 11 Mei dan Mukim Pegalungan pada 13 Mei. Pada OPS Klien Siri 1/2009 Februari lepas seramai 3,418 pemohon telah didaftar dan daripada jumlah itu seramai 2,800 pemohon telah diluluskan permohonan dan akan menerima RM 300 setiap bulan.
>
>
Sumber; New Sabah Times, 5th May 2009.