Monday, February 16, 2009

Hormati Perlembagaan



Tuanku Mizan beri amaran jangan gugat keharmonian KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh semua pihak ketika negara mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dihormati dan tidak dipersoalkan. Serentak itu, baginda mengingatkan semua pihak supaya sentiasa menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan jangan sesekali cuba untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengannya.

Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat semalam, Seri Paduka kesal kerana selepas 51 tahun negara merdeka, masih ada pihak tertentu cuba membangkitkan isu perkauman yang sempit serta menjadikannya perdebatan umum. Justeru, titah baginda, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja cuba memecah belahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum serta keamanan negara sentiasa terpelihara.“Hak setiap rakyat di negara ini, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Beta menyeru semua rakyat bersama-sama berusaha meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita.Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas untuk diamalkan,” titah baginda.Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.Seri Paduka turut mengingatkan wakil rakyat supaya menunjukkan perilaku terpuji di Dewan Rakyat. Baginda sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan mereka sehingga memberi imej negatif kepada Dewan Rakyat dan negara.“

Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan,” titah baginda.Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan dijelaskan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara. Prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. Baginda juga mahu semua pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.“

Beta memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu, termasuk melalui blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat.“Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah Seri Paduka sambil meminta rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

Tuanku Mizan bertitah, kerajaan juga mengambil berat mengenai isu ketenteraman awam dan keselamatan negara.“Namun, masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia hendaklah sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat,” katanya.Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Baginda bertitah, bagi memastikan usaha membanteras rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang.“Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan Beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi berkenaan,” titah Seri Paduka.


Sumber: Oleh Zulkofli Jamaludin, Anwar Hussin, Faiza Zainudin dan S Anand Kumarbhnews@bharian.com.my 15/02/2009

No comments: