Wednesday, September 23, 2009

Wajarkah ISA dihapuskan?

“JIKA ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan mereka sehingga ke pinggir Kamunting. Ia merupakan persoalan mengenai prinsip dan keselamatan’’.

Demikian ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila diajukan soalan oleh wartawan apakah kerajaan akan mengosongkan Pusat Tahanan Kamunting di Taiping.

Perkataan “mengosongkan” itu bermaksud secara tidak langsung memenuhi desakan sesetengah pihak terutamanya pembangkang supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan. Apabila itu dilakukan maka kewujudan pusat tahanan berkenaan sudah tidak relevan lagi.

Tetapi persoalannya, wajarkah akta itu dihapuskan atau adakah lebih baik jika ia diubah suai bagi memastikan ia sesuai dengan perkembangan semasa?

Bagi Hishammuddin, beliau akan melakukan apa sahaja yang dibenarkan mengikut undang-undang bagi melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman ke atas keselamatan mereka.

Sememangnya dalam soal keselamatan negara, kerajaan tidak harus berkompromi dan kehadiran ISA dilihat langkah terbaik bagi mengekang sebarang tindakan yang boleh menggugat ketenteraman negara.

Apa yang perlu difahami oleh semua pihak, selama ini penahanan di bawah ISA bukanlah dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya berasaskan bukti yang kukuh bahawa seseorang individu itu boleh mengancam keselamatan negara.

Dalam soal ini, ISA diwujudkan sebagai akta pencegahan dan bukannya untuk menganiaya sesiapa.

Beberapa tahun lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri menegaskan, tiada gunanya kita bertindak kalau sesuatu sudah berlaku.

Maksud beliau, apabila pihak berkuasa mengetahui terdapat gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara, maka ISA boleh digunakan.

Tetapi persoalannya, kenapa pembangkang begitu beria-ia benar hendak meminta supaya ISA dihapuskan?



Sumber: ZULKIFLEE BAKAR, Utusan Online

1 comment:

Tengku Majid said...

sbb ISA d kuasai oleh Israel skrang....cuma 3 buah negara menggunakn ISA dlm dunia ini iaitu israel,singapore n Malaysia...ISA mmg mjga keselmtan negara tp tindakn nya amat kejam tanpa prikemanusiaan..seolah Allah menciptakan manusia utk d seksa sebegitu rupa..mereka melyan tahanan mcm binatang hingga mati...dalam Islam adalah ketidakadilan perlaksanaannya krn berunsur kejam.. kita ada agama masing2...ISA itu org yahudi yg pencetusnya....yahudi mmg zionis...adakah kita negara zionis juga yg mengamalkan akta ISA mcm Israel tu??????pikir lah....manusia yg bijakmialah berfikir kearah kehadapan...kalau nak semata2 nk mjaga keselamtan negara, sedangkan apbla lagu negaraku d main kan d radio or sekolah or mana2 ada juga rakyat yg kononnya rakyat Malaysia tidak menghormati lagu negaraku n jalur gemilang negara..malah ada yg gelak2 n x berdiri...dari faktor ini lah mereka ini secara tidak langsung adalah musuh dlm negara sendiri krn negara sendiri tidak hormat...siapa mkn cili dia terasa pedas