Thursday, March 5, 2009

LIGS turut bantu tingkat taraf hidup penduduk luar bandar


SANDAKAN: Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar yang tidak memiliki tanah adalah antara pendekatan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), untuk membangunkan industri getah secara bersepadu di negeri ini. Pengerusi LIGS, Datuk Zakaria Haji Edris untuk merealisasikan hasrat ini LIGS sudah pun menubuhkan Skim Pekebun Getah (SPG) yang bertujuan untuk menguruskan sektor pekebun kecil yang efisien dan tujuan utamanya membasmi kemiskinan tegar di Sabah.

Beliau berkata SPG juga bertujuan meningkatkan pengeluaran secara komersial dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di peringkat global, sekaligus mempergiatkan proses pemindahan teknologi baru kepada para pekebun. Antara skim penempatan getah iaitu SPG yang terdapat di Sabah dan diselenggara oleh LIGS, Lagud Sebrang, Tenom, Kuala Tomani, Tenom, Tulid, Keningau, Tuaran dan Men-dulong, Sepitang.
Bercakap kepada New Sabah Times di sini kelmarin, pengerusi LIGS, Datuk Zakaria Haji Edris berkata SPG menggalakkan golongan masyarakat luar bandar menyertai program di bawah skim ini.

Katanya melalui program yang dimulakan sejak tahun 1980 sehingga sekarang kini telah berjaya mengeluarkan penduduk miskin tegar di bawah garis kemiskinan. Zakaria yang juga Ahli Dewan Unda-ngan Negeri kawasan Gum-Gum telah mengadakan lawatan kerja ke dua kawasan skim penempatan getah di Tenom iaitu Lagud Sebrang dan Kuala Tomani. Yang menggembirakan kata pengerusi LIGS itu, kini rata-rata masyarakat yang menyertai program berkenaan bukan saja berjaya keluar dari garis pendapatan ke-miskinan tetapi berjaya membangunkan keluarga menerusi pelbagai kemudahan yang dinikmati hasil pembangunan yang disediakan oleh kerajaan itu. Sebagai contoh, projek di Kuala Tomani adalah satu daripada dua SPG di daerah Tenom yang membangun dengan keluasaan 4,500 ekar dan disertai seramai 151 peneroka dan 64 penoreh yang menetap di skim berkenaan.

Rekod pengeluaran bahan mentah ini bagi SPG Kuala Tomani dari 1986 hingga 2008, berjumlah 24,964 tan yang lokasinya hanya jarak 45 kilometer dari pekan Tenom. Begitu juga di Lagud Sebrang yang hanya 10 kilometer dari pekan Tenom yang disertai seramai 131 peneroka dan 67 penoreh yang menetap di dalam kawasan SPG telah berjaya membangunkan mas-yarakatnya di sekitarnya. Kebanyakan peserta bagi kedua-dua kawasan ini datangnya dari Papar, Beaufort dan majoriti penduduk Tenom yang tersenarai sebagai peserta skim penempatan getah di Sabah.

Bagi Lagud Sebrang yang mempunyai keluasan 4,000 ekar juga kini berjaya membangunkan masyarakatnya keluar dari kepompong kemiskinan tegar dengan purata pendapatan peneroka tidak kurang RM2,590.00 pada sekarang. Taklimat ringkas kepada pengerusi LIGS itu, yang disampaikan oleh Pengurus Besar LIGS Jinting Haji Kalam dan dihadiri oleh Timbalan Pengerusi LIGS, Datuk A.K Aliuddin Datuk Pg Tahir jelas terbukti program membasmi kemiskinan di luar bandar berjaya bukan saja menjadi peneroka tetapi juga membabitkan diri dalam akitviti ekonomi lain seperti menanam padi dan peniaga kedai runcit.

Kemudahan lain itu, kemudahan seperti aktiviti kebudayaan, rekreasi dan sukan, kemudahan beribadat dan pusat infodesa serta kemudahan berkaitan istiadat kaum turut disediakan kepada pesertanya. Selepas membuat tinjauan ke dua kawasan SPG di Tenom itu, Zakaria berbangga dengan prestasi peserta yang begitu komitmen dan menyahut seruan kerajaan untuk berjaya dalam hidup dan keluarga terutama mengutamakan pendidikan generasi pelapis di masa akan datang.

Pencapaian membanggakan kata Zakaria, anak-anak peneroka kini dapat menikmati kemudahan yang lebih sempurna apabila ramai di kalangan anak-anak peneroka ini telah berjaya di menara gading (universiti),serta mendapat pendidikan yang lebih baik. Dengan adanya program bersepadu ini, secara tidak langsung membolehkan kerajaan merancang pelbagai program untuk rakyat terutama untuk membangunkan golongan berpendapatan rendah, sekaligus usaha membasmi kemiskinan di Sabah tercapai.

Sumber: New Sabah TimesNew Sabah Times

2 comments:

hasipin66 said...

LIGS PATUT TERBITKAN PEGANGAN SAHAM KEPADA SEMUA AHLINYA.

Dengan cara ini rasanya lebih berkesan mengurangkan peratus dan jurang kemiskinan penduduk luar bandar.LIGS sepatutnya merancang dan bertindak bagaimana FELDA,FELCRA dan banyak lagi pertubuhan telah berjaya membantu serta memertabatkan status kehidupan sosial dan ekonomi terhadap ahlinya.

Walaubagaimanpun, secara fundimentalnya LIGS telah berjaya membawa prasarana kemajuan asas kehidupan para ahlinya.tahniah kepada juga Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh,kerana berjaya memperkenalkan LIGS terutama di kawasan luar bandar.

waritarakyat said...

Terima kasih tuan kerana turut prihatin kepada golongan peneroka. Idea itu baik dan terpulang kepada LIGS. Setahu saya, LIGS banyak membantu kepada golongan berpendapatan rendah yang sebahagian besarnya tinggal di kawasan pedalaman. Sehubungan dengan itu, cadangan tuan mengenai penerbitan saham kepada ahlinya merupakan satu transformasi kearah memperkasakan LIGS.