Sunday, March 1, 2009

'Dasar bantu Bumiputera tak sama dengan aparteid'Oleh Hassan

KOTA KINABALU: Dasar kerajaan membantu Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu tidak boleh disamakan dengan dasar aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan suatu ketika dulu kerana semua kaum di negara ini turut diberikan hak dalam politik, ekonomi dan sosial.Sehubungan itu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin DAP supaya mengenali sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan yang menyatakan secara jelas dan khusus menyentuh hak dan keistimewaan Bumiputera tanpa menafikan hak kaum lain.Beliau menegaskan, dasar membantu Bumiputera bertujuan membolehkan mereka turut sama menikmati kekayaan negara melalui pemilikan 30 peratus ekuiti ekonomi negara, tetapi pada masa sama, kerajaan tidak menafikan sama sekali hak kaum lain."Sudah termaktub dalam Perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Ia bukan menganaktirikan orang lain."Masyarakat Cina dan India mendapat hak sama juga dari segi bahasa ibunda yang digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan. Mereka juga boleh berniaga untuk mendapatkan kekayaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Calon Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) Umno di Bangunan Umno Sabah di sini, semalam.Hadir sama, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam .
>
>
Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr Boo Cheng Hau, Khamis lalu yang menyifatkan amalan `Bumiputeraisme' sama dengan dasar aparteid.Muhyiddin yang menyifatkan Boo sebagai pemimpin DAP yang buta sejarah, berkata kenyataan itu berniat jahat dan bertujuan menimbulkan perbalahan antara masyarakat Bumiputera dengan bukan Bumiputera."Ini perbuatan berniat jahat hendak membangkitkan sentimen perkauman. Ini cukup bahaya dan boleh mencetuskan ketidaktentuan dalam masyarakat," katanya.Sementara itu, di JOHOR BAHRU, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah, Norisham Ismail mendesak supaya Boo meminta maaf terhadap kerajaan negeri serta rakyat Johor secara terbuka dengan segera. Ia berikutan kenyataannya yang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor mengamalkan ideologi aparteid dalam dasar berkaitan masyarakat Bumiputera atau 'Bumiputeraism'. Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan, Norisham Ismail, berkata dakwaan Boo itu berat kerana sejak negara merdeka, semua rakyat di Johor bebas untuk mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing.“Adakah beliau (Dr Boo) faham apa itu dasar aparteid? Kerajaan negeri banyak membantu rakyat bukan sekadar daripada kaum Melayu, tetapi juga kaum lain dan ia terbukti dengan perpaduan antara kaum sentiasa berada pada tahap yang tinggi...tiada kaum yang dipinggirkan, " katanya.
>
>
Ketua Penerangan Umno Johor, Khalid Mohamad, berkata Pemuda Umno Gelang Patah yang menyerahkan memorandum kepada beliau, untuk diserahkan kepada Menteri Besar supaya memastikan tiada Adun yang memainkan sentimen perkauman ketika sidang DUN. "Saya bersetuju dengan tindakan Pemuda Umno Gelang Patah, dan tidak mahu melihat sidang DUN yang mulia, digunakan sebagai gelanggang mencari publisiti politik murahan, ini adalah sesuatu yang malang," katanya. Sehubungan itu, katanya, memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman tidak lama lagi.
>
>

2 comments:

hasipin66 said...

Artikel 153 Perlembagaan jelas sebagai rujukan dan sandaran tentang KONTRAK SOSIAL dan hak Istemewa orang Melayu dan Bumiputera.Jadi orang DAP macam dr.boo chong,buat tak faham pula.Yang kita nampak dr.boo saja nak bakar api kat orang Melayu.Mereka nak alihkan isu sebenar,kitapun tahu ada beberapa DUN dan Parlimen nak adakan PRK tak lama lagi kat negara ini.

waritarakyat said...

Saya sepandapat dengan tuan. Memang benar mereka sengaja menimbulkan isu ini untuk memantapkan kepentingan politik mereka. Mungkin mereka ini sudah ketandusan idea.