Sunday, September 14, 2008

Gaji Baru & Bonus Maksimum RM 1,000.00 Manifestasi Keprihatinan Kerajaan

Keprihatinan pemimpin nombor satu negara terhadap kakitangan kerajaan tidak boleh dinafikan lagi. Penjawat awam merupakan kumpulan yang diberi tugas dan tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan awam kepada semua lapisan masyarakat. Ekoran daripada bakti mereka terhadap pembangunan nagara serta kesejahteraan rakyat menerusi penterjemahkan agenda yang dilontarkan oleh Pak Lah. Maka semua kakitangan kerajaan diberi penghargaan oleh Pak Lah melalui kenaikan gaji baru yang berkuatkuasa pada mulai 1hb Julai 2007 dan pemberian bonus maksimum RM 1,000.00 sepertimana yang diumumkan oleh Pak Lah baru-baru ini dalam bajet 2009.
Kadar Kenaikan Gaji berkuatkuasa 1hb Julai 2007
Gred Atasan 7.5%
Gred 41 - 54 15%
Gred 17 - 40 25%
Gred 1 - 10 35%
Sehubungan dengan itu, Pak Lah mengharapkan timbal balas yang setimpal daripada penjawat awam agar hasrat beliau untuk melihat perkhidmatan awam berintegriti dan cekap dapat direalisasikan, selaras dengan wawasan negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Pada masa yang sama, penjawat awam yang berkenaan pula perlu membayar cukai. cukai yang dikutip itu perlu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan.

1 comment:

waritarakyat said...

Saya sepandapat dengan saudara (bujang senang). Kita mengharapkan ramai lagi orang seperti ini yakni bersyukur kepada pemimpin dan negara sendiri.