Monday, October 24, 2011

RM195 JUTA UNTUK PENANAMAN GETAH

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM 194.723 juta khusus bagi program tanam semula dan tanam baru getah di seluruh negara bagi tahun 2011-2012.


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata daripada jumlah itu, Lemabaga Industri Getah Sabah (LIGS) diperuntukkan RM 29 juta bagi tanam semula getah seluas 2,000 hektar dan 5,000 hektar tanaman baru.


Beliau berkata peruntukan sebanyak RM112,723 juta disediakan kepada pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi program tanam semula 24,000 hektar di Semenanjung, 4,000 hektar di Sabah bersama-sama dengan LIGS dan 10,000 hektar di Sarawak.


Peruntukan RISDA itu juga digunakan untuk program tanam baru kira-kira 3,000 hektar di Semenanjung, katanya semasa berucap pada majlis penyampaian insentif tanam semula dan tanam baru getah di Pusat Kebudayaan Sabah dekat sini hari ini.


Dompok berkata peruntukan besar untuk sektor getah itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan rakyat luar bandar terutama kumpulan yang terlibat degan industri getah.


Katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi mempastikan kmpulan itu dapat menikmati usaha pembangunan yang dilaksanakan.


Beliau berkata sejak tahun 2000 sehingga kini, LIGS menerima 10,481 permohonan untuk menyertai program tanam baru getah secara berkelompok yang melibatkan kawasan seluas 37,164.34 hektar, merangkumi 374 blok di daerah kecil seluruh negeri.


Dompok berkata di bawah program itu, bantuan bernilai RM 14,000 sehektar diberikan bagi pekebun kecil yang terlibat di Sabah dan bantuan itu meliputi bahan tanaman getah klon berkualiti tinggi.



Sumber: Sabhakini Online 25 Oktober 2011.

No comments: