Thursday, June 17, 2010

TARIKH PILIHAN RAYA SATU KEJUTAN, KATA NAJIB

Tumpat: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini kelmarin, beliau berkata pelbagai fator perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia", kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangakan tinjauan menunjukkan sokongan beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Satu kajian oleh Merdeka Centre For Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata Barisan Nasional perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan.

"Usakan kita pertana sekali ialah untuk kuatkan parti. Kita juga perlu mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa," katanya.

Mengenai majlis menghadap Sultan Kelantan Tunaku Ismail Petra di Istana Mahkota di Kota Baharu sebelum itu, Najib berkata acara itu adalah kunjungan peribadi dan bukannya lawatan kerja.

"Keadaan sultan semakin baik berdasarkan taklimat yang diberikan oleh doktor peribadi sultan", katanya.


Sumber: New Sabah Times, 17 Jun 2010

No comments: