Monday, July 27, 2009

SAYA PEMIMPIN UNTUK SEMUA KAUM, KATA MUSA

SANDAKAN: Tiada kaum yang akan terpinggir dalam menikmati arus pembangunan sebaliknya seiring dengan aspirasi kearah 1Malaysia,” kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Menteri Kewangan Negeri itu berkata dalam konteks 1Malaysia, setiap kaum dan bangsa terus mendapat pembelaan sama sejajar dengan dasar kerajaan yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),yang akan membangunkan rakyat termasuk di pendalaman dan luar bandar.

“Selaku Ketua Menteri saya adalah pemimpin untuk semua kaum dan aspirasi 1Malaysia mengajak kita untuk terus bersatu padu dan bertoleransi demi perpaduan kaum yang harmoni ini,” katanya

Beliau berkata demikian pada majlis Tagajoh Gayog sempena Perhimpunan Persatuan Bangsa Sungai (Sabas), di Dewan Sri Libaran di sini kelmarin.

Ketua Menteri itu berkata majlis perhimpunan Sabas telah menjadi wadah bagi memupuk nilai-nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik di negeri ini.

Katanya dengan semangat perpaduan dan kerjasama yang kukuh akan mampu membawa suku kaum ini melangka ke hadapan untuk membawa rakyat ke arah kemajuan pembangunan yang lebih baik.

Musa juga menyentuh soal ekonomi masyarakat ini yang mana beliau (Musa), mahu melihat kaum ini merebut peluang untuk maju dalam pelbagai bidang peniagaan dan seboleh-bolehnya mengelakkan terlibat dalam projek ‘ali baba’.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masyarakat orang Sungai di negeri akan terus berusaha dan membangun menjadi bangsa yang berdaya maju, bersaing dan berkualiti serta berinovasi sekaligus menyumbang secara langsung kepada kemakmuran ekonomi negeri.

Terdahulu Ketua Menteri itu diberi penghormatan menerima gelaran ‘Tagajoh Gayoh’ sebagai sumbangan dan jasa beliau kepada negeri.

Hadir sama, Presiden Sabas, Datuk Zakaria Haji Edris serta para barisan Ahli Jawatankuasa Sabas dan lebih 2,500 ahli Sabas dari seluruh negeri Sabah.

Katanya, Kerajaan negeri Sabah melaksanakan pembangunan secara keseluruhan bagi memastikan semua rakyat tanpa mengira kaum mendapat manfaatnya.

Musa berkat, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) adalah contoh komitmen kerajaan untuk membawa pembangunan kepada segenap lapisan masyarakat di setiap pelusuk negeri ini.

“Menerusi SDC, kerajaan negeri berpeluang membawa pembangunan di semua daerah, kerana ia adalah pelan yang holistik (keseluruhan).

“Dengan adanya pembangunan sama rata, tiada rakyat atau kawasan di Sabah yang akan terpinggir,” katanya lagi.

Beliau berkata pelaksanaan pembangunan secara keseluruhan di negeri ini bersesuaian dengan konsep 1Malay- sia yang menjadi agenda penting Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata rakyat di pantai timur, pantai barat dan pedalaman di negeri ini akan memperoleh manfaat daripada pelaksanaan beberapa projek di bawah SDC.

Sehubungan itu, Musa berkata pembangunan secara keseluruhan akan terus menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan apa juga projek pembangunan di negeri ini.

Sumber, New Sabah Times, 26th July, 2009

2 comments:

Anonymous said...

Rakyat negeri ini sentiasa mengharap perubahan yang membawa kemajuan dalam semua sudut agar negeri ini setanding dengan negeri2 semenanjung.Diharap semua yang direncana oleh kerajaan negeri dan persekutuan untuk negeri ini dapat dinikmat oleh semua lapisan masyarakat etnik negeri ini.

Borneo Sharpshooter said...

Ya.. Saya setuju..

Marilah kita menjayakan kempen 1Malaysia ya..
Malaysia boleh!!!! :-)