Tuesday, May 5, 2009

Raime minta Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat diwujud di Tenom




TENOM: Ahli Parlimen Tenom Raime Unggi meminta supaya Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat di-wujudkan di kawasan pedalaman dan berpusat di Tenom. Katanya, pengwujudan pusat itu di sini amat penting bagi memberi pendidikan awal kepada golongan itu bagi menjamin masa depan mereka. “Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kanak-kanak cacat di daerah ini tidak mendapat pendidikan awal kerana ketiadaan pusat itu,” katanya ke-pada New Sabah Times selepas me-mantau program Projek Cari bagi OPS Klien Kawasan Pedalaman Siri 2/2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Parlimen Tenom di Dewan Jinuin Jimin Man-dalom pada Isnin.

Justeru itu katanya, pengwujudan Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat itu penting perlu di kawasan ini bagi menangani keciciran kanak-kanak cacat untuk mendapat pendidikan awal seperti insan normal. “Saya difahamkan jika pusat itu diwujudkan ia menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak cacat, latihan diri dan penjagaan diri,” kata Raime.

Dalam masa yang sama Ahli Parlimen itu turut mencadangkan agar Persatuan Ibu Tunggal ditubuhkan di daerah ini bagi menangani masalah ibu tunggal yang dibebani dengan tanggungan apabila diceraikan oleh suami dan bagi yang kematian suami.
Persatuan itu katanya, penting bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal melalui persatuan. “Kita syorkan ini kerana terdapat ibu tunggal yang tergolong dalam golongan kurang mampu dan sukar menampung perbelanjaan anak-anak,” jelasnya.
Beliau berkata melalui persatuan itu nanti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal di kawasan ini dapat di-suarakan melalui badan yang berdaftar.

Selain itu katanya persatuan orang-orang tua dan Thalasemia juga wajar ditubuhkan di daerah ini. Katanya penubuhan persatuan kedua-dua golongan itu penting bagi membela dan menjaga kebajikan mereka. Terdahulu Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Keningau Ali Hassan Kahar berkata dalam projek cari bagi ops klien Siri 2/2009 di kawasan ini yang membabitkan DUN Liawan, Bingkor dan Melalap lebih kurang 1,000 pemohon telah didaftar. Jumlah ini katanya, dijangka akan bertambah sehingga 2,000 pemohon setelah program yang sama dijalankan di DUN Sook yang berpusat di Mukim Lanas dan Tulid pada 7 – 8 Mei ini dan DUN Nabawan yang berpusat di Mukim Pensiangan pada 11 Mei dan Mukim Pegalungan pada 13 Mei. Pada OPS Klien Siri 1/2009 Februari lepas seramai 3,418 pemohon telah didaftar dan daripada jumlah itu seramai 2,800 pemohon telah diluluskan permohonan dan akan menerima RM 300 setiap bulan.
>
>
Sumber; New Sabah Times, 5th May 2009.

No comments: