Monday, January 5, 2009

PENGUSAHA BAS SEKOLAH AKAN DIKENAKAN TINDAKAN

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan mengambil tindakan terhadap para pengusaha bas sekolah di negeri ini, jika mereka mengenakan surcaj bagi tambang bas sekolah. Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, berkata antara tindakan yang akan diambil, ialah menggantung dan tidak memperbaharui permit pengusaha selepas tempoh permit mereka tamat. “Setakat ini, di Sabah kita tidak ada mendengar tuntutan daripada para pengusaha bas sekolah untuk mengenakan surcaj bagi tambang bas sekolah seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia,” katanya kepada New Sabah Times, kelmarin.

Walau bagaimanapun, katanya, sekiranya ada para pengusaha bas sekolah mengenakan surcaj terhadap perkhidmatan mereka, pihak ibu bapa perlu melaporkan kepada LPKP supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pengusaha bas sekolah yang berbuat demikian.
Kelmarin, Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, berkata pengusaha bas sekolah di seluruh negara akan berdepan tindakan paling tegas jika mengenakan surcaj bagi tambang bas sekolah seperti yang mereka umumkan. Katanya, LPKP tidak akan melayan ugutan atau cubaan bermain “tarik tali” daripada Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Se-menanjung Malaysia (PPBSSM) yang meminta supaya mereka dibenarkan mengenakan surcaj 30 peratus daripada tambang perkhidmatan bas sekolah mulai Januari ini. Beliau berkata, selagi kerajaan belum membuat keputusan membenarkan tambang bas sekolah dianikkan atau mengenakan surcaj, pengusaha perlu kekalkan tambang pada kadar sedia ada.

Presiden PPBSSM, Chee Ah Tey, sebelum ini berkata, mulai sesi persekolahan Januari ini, ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak ke sekolah perlu membayar surcaj 30 peratus. Kataya, sucaj itu dikenakan kerana pihak-nya tidak menerima sebarang perkembangan mengenai tuntutan subsidi diesel ditambah se-banyak 43 sen seliter berbanding RM1.43 sen seliter diterima sekarang.

Bung Moktar berkata, pihak LPKP akan menjalankan pemantauan bagi memastikan para pengusaha bas sekolah di negeri ini me-matuhi dan mengekalkan tambang pada kadar sedia ada. Menurutnya, sebelum ini memang ada permintaan daripada para pengusaha bas sekolah di negeri ini untuk menaikkan tambang, tetapi ianya masih lagi di peringkat kajian pihak kementerian dan ianya dijangka akan diumumkan pada masa yang sesuai. “Kita berharap para pengusaha bas sekolah khususnya di Sabah supaya bersabar dan mengunakan pakai kadar tambang sedia ada, bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan,” katanya.
Ketika ini tambang perlu dibayar ibu bapa kepada pengusaha bas antara RM30 hingga RM120 sebulan mengikut lokasi dan kelulusan kerajaan berkuatkuasa 15 Mac 2006. Di Sabah terdapat lebih 2,000 permit bas sekolah dikeluarkan oleh LPKP untuk para pengusaha bas sekolah.


Sumber: New Sabah Times 5th January, 2009

2 comments:

daddy-wafiah said...

bagus juga kalau kerajaan mau ambil tindakan terhadap pengusaha bas sekolah yang tamak tu,kerajaan sudah bagi subsidi minyak,masih lagi nda bersyukur...geng,12hb ni aku melapor diri di maktab keningau..jumaat tamat perkhidmatan aku di JASA Sabah ini...semoga ko terus berjuang..tapi kalau ada peluang di tempat lain,ambil lah..jumpa di keningau nanti

waritarakyat said...

Orang yang tidak pernah bersyukur memang sifat di macam tu...

Tahniah!
Harap kerja baru tu berterusan. Isylh kita jumpa nanti di Keningau.