Wednesday, September 3, 2008

JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

Sabtu 30 Ogos 2008, New Sabah Times.
Memperluaskan jaringan keselamatan sosial sebagai usaha mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup, jaringan keselamatan sosial bagi golongan miskin, mangsa bencana dan kanak-kanak kurang bernasib baik telah diperbesarkan di bawah bajet 2009, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu Dewan Rakyat Kelmarin.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menaikkan tahap kekayaan bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400 pendapatan isi rumah sebulan kepada RM720 bagi semenanjung Malaysia, RM830 bagi Sarawak dan RM960 sebulan untuk Sabah.
"Ini bermakna bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda daripada 54,000 isi rumah kepada 110,000" katanya semasa membentangkan Bajet 2009.
Beliau berkata ini termasuk kenaikan bilangan warga emas yang layak daripada 14,000 kepada 40,000 dan untuk tujuaan ini, perbelanjaan tambahan sebanyak RM500 juta diperuntukkan.
Kerajaan katanya, menyediakan tabung bantuan khas sebanyak RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejutkan seperti akibat kemalangan dan bencana. - Bernama

2 comments:

hasipin66 said...

Jaringan keselamatan sosial merupakan satu alternatif bagi membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar daripada tekanan ekonomi yang melanda negara kini.

Anonymous said...

Ya.. Ni merupakan agenda kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan.