Thursday, October 27, 2011

DASAR BANTU BUMIPUTERA TAK SAMA DENGAN APARTEID

1. Dasar kerajaan untuk membantu bumiputera tidak sama dengan dasar aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.

2. Dalam dasar ini, semua kaum di negeri ini diberi hak dalam politik, ekonomi & sosial.

3. Dasar membantu bumiputera adalah bertujuan membolehkan mereka turut sama menikmati kekayaan negara melalui pemilikan 30 peratus ekuiti ekonomi negara, tetapi pada masa yang sama kerajaan tidak menafikan hak kaum lain.

4. Termaktub dalam perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu dan bumiputera bukannya menganaktirikan orang lain.

5. Artikel 153 perlembagaan persekutuan menyebut tentang melindungi kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Anak Negeri Sabah & Sarawak.

5. Pada masa yang sama artikel 153 (7) yang menyatakan "Tiada juga dalam perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan hak keistimewaan"

Wednesday, October 26, 2011

KECEMERLANGAN SABAH DALAM NAUNGAN BN

1. Kita pernah dijajah oleh Britis & diperintah oleh pembangkang. Kita hidup serba kekurangan dan jangan ulangi sejarah pahit itu.

2. Perkongsiang kuasa yang diamalkan oleh BN hidup rakyat aman damai.

2. Parti BN merupakan kerajaan terbaik memerintah dan mentadbir negara.

3. Tahun 1994, Sabah dalam pemerintahan BN. Walaupun BN baru 17 tahun, Sabah banyak perubahan. Antaranya;-

a). Membina Universiti Malaysia Sabah (UMS),

b). Putrajaya sebagai Pusat Pentabiran

c). Jalan Raya (Tenom - Sipitang, Keningau - Kimanis, Keningau - Tawau dan lain-lain lagi)

d). Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang memfokuskan pembangunan bandar & luar bandar.

e). Membuka Tanah 10 hektar di Bengkoka Pitas dengan penanaman getah.

f). Pulau Bangi (Pelan Tindakan) Tanam getah RM 153.8 juta, tanam sawit RM 65 juta, pembinaan rumah kos rendah & PPRT RM 5.5 juta & infratruktur lain RM 76 juta.

g). Projek pembangunan Nabawan 1,500 hektar tanam kelapa sawit memberi menafaat kepada 300 penduduk miskin tegar.

h). Kini, RM 194.723 juta diperuntukkan unruk tanam semula & tanam baru getah di seluruh negara. Di Sabah seluas 4,000 hektar akan ditanam getah berkualiti tinggi.

Monday, October 24, 2011

RM195 JUTA UNTUK PENANAMAN GETAH

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM 194.723 juta khusus bagi program tanam semula dan tanam baru getah di seluruh negara bagi tahun 2011-2012.


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata daripada jumlah itu, Lemabaga Industri Getah Sabah (LIGS) diperuntukkan RM 29 juta bagi tanam semula getah seluas 2,000 hektar dan 5,000 hektar tanaman baru.


Beliau berkata peruntukan sebanyak RM112,723 juta disediakan kepada pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi program tanam semula 24,000 hektar di Semenanjung, 4,000 hektar di Sabah bersama-sama dengan LIGS dan 10,000 hektar di Sarawak.


Peruntukan RISDA itu juga digunakan untuk program tanam baru kira-kira 3,000 hektar di Semenanjung, katanya semasa berucap pada majlis penyampaian insentif tanam semula dan tanam baru getah di Pusat Kebudayaan Sabah dekat sini hari ini.


Dompok berkata peruntukan besar untuk sektor getah itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan rakyat luar bandar terutama kumpulan yang terlibat degan industri getah.


Katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi mempastikan kmpulan itu dapat menikmati usaha pembangunan yang dilaksanakan.


Beliau berkata sejak tahun 2000 sehingga kini, LIGS menerima 10,481 permohonan untuk menyertai program tanam baru getah secara berkelompok yang melibatkan kawasan seluas 37,164.34 hektar, merangkumi 374 blok di daerah kecil seluruh negeri.


Dompok berkata di bawah program itu, bantuan bernilai RM 14,000 sehektar diberikan bagi pekebun kecil yang terlibat di Sabah dan bantuan itu meliputi bahan tanaman getah klon berkualiti tinggi.



Sumber: Sabhakini Online 25 Oktober 2011.

Sunday, October 23, 2011

SEMUA AGAMA RELEVEN JAYAKAN 1 MALAYSIA

KONSEP 1 Malaysia , gagasan diperkenlakan Datuk Seri Najib Razak bertujuan memperkukuh perpaduan rakyat. Pelbagai perspektif sudah dibahas mengenai gagasan terbabit merangkumi perspektif pentadbiran, pembangunan, sosial, politik dan keselamatan.

Rencana in cuba menjelaskan nilai yang ada dalam beberapa ajaran agama utama di negara kita. Nilai yang dibincangkan in diharap dapat memberi gambaran daripada perspektif agama, gagasan 1Malaysia sangat releven dalam membina negara bangsa yang kukuh.

Penulis tidak bercadang menyentuh nilai ajaran Islam kerana ia sudah banyak ditulis di samping buku mengenainya mudah diperoleh. Pemikiran agama atau "pemikiran luhur" menjadi asas utama dalam tamadun ketimuran, terutama di rantau Asia dan Asia Barat.

Dalam konteks negara kita, ai menjadi semakin penting kerana kepelbagaian agama yang wujud di negara ini memerlukan setiap penganutnya memahami dan menghormati antara satu sama lain. Prasangka terhadap orang lain wujud apabila kita meletakkan minda kita berada dalam tembok perkauman atau keagamaan sempit terhadap orang lain.

Islam misalnya, mengajar kepelbagaian bangsa yang wujud bertujuan kenal mengenal antara satu sama yang lain (Surah Al-Hujurat, ayat 13). Justeru, di dalam ajaran Islam wujud dua sistem perhubungan manusia iaitu perhubungan secara "vertikal" antara manusia (hamba) dengan Allah dan perhubungan secara "horizontal" antara manusia sesama manusia.

Demikian juga bagi penganut agama lain pasti mempunyai ajaran tertentu dalam perkara mengenai perhubungan sesama manusia bagi melahirkan kehidupan harmoni dalam masyarakat dan negara. Di negara kita kepercayaan kepada Tuhan menjadi prinsip utama dalam Rukun Negara yang menjadi panduan hidup rakyat.

Nilai mulia yang ada dalam ajaran pelbagai ajaran agama juga dilihat selari prinsip kelima Rukun Negara iaitu "Kesopanan dan Kesusilaan". Kita mulai dengan ajaran Hinduisme. Tokoh etika Hinduisme, Patan Jali menerangkan wujud dua konsep dalam Hinduisme.

Pertama KonsepYamas yang menitikberatkan pembinaan sahsiah diri. Ia mengandungi lima prinsip etika iaitu tidak menghasut (asteya), tidak tamak haloba (aparigraha), tidak menipu dan amanah (sathya), baik fizikal dan rohani (bramacharia) dan pemikiran yang baik (ahimasa).

Konsep kedua ialah Niyamas iaitu nilai etika untuk kepentingan masyarakat. Ia mengandungi lima prinsip etika merangkumi bersih perlakuan (saucha), hormati orang lain (santhosa), membantu orang lain (tepaha), dermawan (iswariaparanidha) dan hidup berdisiplin (suadhyaya).

Dalam kontek masyarakat majmuk, tabiat menghasut antara kaum boleh menyebabkan masyarakat menjadi huru-hara serta mengancam keselamatan negara. Justeru, seseorang penganut Hindu yang baik mengamal prinsip etika itu pasti akan menjadi rakyat yang baik, sekali gus menjayakan 1Malaysia.

Ajaran Buddhisme yang diasaskan oleh Sinddharta Gautama Buddha turut mengajar beberapa nilai mulia untuk diamalkan penganutnya. Walaupun ajaran Buddhisme lebih berpusat kepada diri manusia, ajaran sila (moral) Buddha menekankan hukum sejagat berlandaskan sebab akibat, iaitu perbuatan baik akan meninggalkan kesan baik, sebaliknya perbuatan jahat akan meninggalkan kesan buruk kepada individu itu.

Dalam ajaran "Jalan Lapan Lapis Mulia" seorang penganut Buddha perlu memiliki pandangan betul, fikiran betul, pertuturan betul, kesedaran betul, tumpuan betul dan pemahaman betul dan pemahaman serta usaha yang betul.

Semua lapan nilai terbait menekankan cara berfikit, sikap dan amalan yang betul bagi mencapai kedamaian dalam hidup. Ini tidak bermaksud semua penganut Buddha perlu menjadi sami (rahib) tetapi cukup nilai itu diamalkan dalam kehidupan mereka. Justeru, sekiranya penganut Buddha menghayati dan mengamalkan "Jalan Lapan Lapis Mulia" itu, pasti mereka menyumbang ke arah keharmonian dan perpaduan.

Ajaran Buddha turut menekankan kasih sayang sesama manusia. Pastinya kasih sayang terhadap orang lain akan terbit apabila wujudnya perasaan hormat menghormati dan saling mempercayai di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Hormat menghormati dan saling mempercayai antara kaum dan agama adalah dua asas penting dalam gagasan 1Malaysia. Dalam Konfucianisme pula, ajarannya yang bersifat falsafah menekankan etika dan nilai moral.

Prinsip moralnya terangkum dalam ajaran "Lima Kebaikan" iaitu Ren (perasaan kasih sayang), Li (cara pentadbirang yang baik), Yi (kebaikan hati), Zhi (kebijaksanaan) dan Sin (dapat dipercayai). Ajaran Konfucius mengajar penganutnya bahawa sifat kemanusian amat penting dalam hidup masyarakat.

Antara sifat yang terangkum dalam sifat kemanusian termasuk berlapang dada, boleh dipercayai, bersopan santun, rajin berusaha dan bersifat lemah lembut. Ren yang dianggap nilai moral tertinggi dalam ajaran konfucius kerana mengajar kasih sayang sesama manusia.

Ajaran Kristian pula mementingkan etika ke arah betul atau salah satu perbuatan itu. Sumber ajaran Kristian ialah Bible yang terdiri daripada Old Testament yang mengandungi "Sepuluh Rukun" (The Ten Commandments).

New Testament pula mengandungi 11 prinsip ajaran. Penulis mengenalpasti dalam The Ten Commandments terdapat empat nilai yang ada kaitan langsung dengan kehidupan masyarakat iaitu jangan merampas hak jiran, jangan membunuh, jangan berzina dan jangan mencuri. Di dalam New Testtament pula nila yang ada kaitan langsung dengan masyarakat ialah jangan menghina orang lain, jangan tamak, berikan kasih sayang kepada orang lain dan kasihkan jiran.

Akhirnya, penulis menyorotkan nilai mulia yang ada dalam agama Sikh. Agama Sikh yang berasal dariapda ajaran Kabir yang mencampurkan ajaran Islam dan Hindu dikumpul oleh pengikut dalam kitabnya yang dikenali Bijak.

Ajaran Kabir kemudiannya dikembangkan oleh Guru Nanak. Soerang lagi guru Sikh bernama Arjan menghasilkan kitab Adi Granth (Kitab Utama) yang memuatkan Khutbah Guru Nanak, sajak Kabir dan beberapa guru lain sebelumnya. Antara nilai utama dalam ajaran agama Sikh ialah kesamarataan, tidak sombong, menghormati guru dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.

Kesimpulan, dilihat dariapda perspektif pelbagai agama, konsep 1Malaysia amat releven untuk membina perpaduan erat di kalangan rakyat. Ia dapat membina tamadun Malaysia yang unik dengan kepelbagaian kaum, budaya dan agama tetapi bertunjungkan "bangsa Malaysia" yang bersatu padu. Sebahagian nilai yang disebutkan dalam beberapa ajaran agama ada persamaan dengan beberapa nilai yang dihurai dan dijelaskan oleh Najib di dalam blognya.


Sumber: Mohd Ayop Abd Razid, Gagasan 1Malaysia- Kesinambungan Bina Negara Bangsa.

Sunday, October 9, 2011

PEMBENTANGAN BAJET 2012

1. Peruntukan rancak pembangunan
-RM 978 juta untuk pembangunan lima projek iaitu lebuh raya JB-Nuasa jaya, muzium Taiping, Projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu & bekalan air Samalaju.

2. Kereta Hibrid
-Duti import eksais dikecualikan sebanyak 100% bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

3. RM 1 bilion untuk sekolah
-RM 500 juta diberikan kepada sekolah kebangsaan
-RM 100 juta diperuntukkan masing-masing untuk sekolah jenis kebangsaan (Cina),Sekolah Kebangsaan (Tamil), Sekolah Mubaligh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan & aktab Rendah Sain Mara.
-Yuran pendidikan sekolah rendah & menengah dimansuhkan iaitu bayaran ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya.

4. Felda
-Peneroka Felda akan menerima "durian runtuh" iaitu akan dimumukan sebelum Felda GVH disenaraikan di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

5. Penjawat Awam
-Kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 mengikut gred.
-umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
-Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500.

6. Polis
-RM 200 juta peruntukan khas untuk perbelanjaan pembangunan polis yang meliputi perumahan, penambahbaikan balai & pusat latihan.

7. Keluarga Tentera
RM 3,000 akan diberikan secara one off kepada anggota keluarga, duda & balu anggota berjumlah 62,000 orang.

8. Subsidi
-Beras super tempatan harga asal RM 2.40 sekilogram rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
-Gula harga asal RM 2.50 , rakyat hanya bayar RM bayar RM 2.30. Subsidi kerajaan 20 sen.
-Minyak masak harga asal RM 4.75, rakyat bayar RM 2.50. Subsidi kerajaan RM 2.25 sen.
-Tepung harga asal RM 1.90 sen, rakyat bayar RM 1.35 sen. Subsidi kerajaan 55 sen.

9. Rumah
-Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM 220,000 kepada RM 400,000.
-Kerajaan akan memberikan subsidi RM 20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat
-Pembiayaan untuk pembelian rumah berharga RM 65,000 dengan harga RM 45,000. RM 200 juta diperuntukkan untuk program ini.

10. Teksi
-Teksi persendirian iaitu pengecualian 100% duti eksais & cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
- Pengecualian bayaran balik duti eksais & cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik iaitu pemansuhan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian, pemberian bantuan RM 3,000 bagi melupus teksi lama.


11. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
-Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah kepada 100 ribu isi rumah. Pelabur boleh mohon pinjakan RM 5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

12. Perlindungan
-Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementera sekitar Kuala Lumpur.
-Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

13. Simpanan Pesaraan KWSP
-Caruman majikan dinaikkan daripda 12% kepada 13% bagi caruman yang menerima gaji bulanan RM 5,000 dan ke bawah. 5.3 juta pencarum KWSP akan mendapat menafaat.

14. Pinjaman TEKUN
peruntukan ditambah sekali ganda daripada RM 120 juta kepada RM 300 juta.

15. Meringankan Kos Sara Hidup
-Bantuan RM 500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan kebawah. Ketua isi rumah perlu mendaftar dengan Lembaga hasil Dalam Negeri sebagai pelaksana. Bantuan akan disalurkan melalui bank & Pejabat Pos.
-Bantuan persekolahn RM 100 diberikan kepada pelajar sekolah rendah & menengah (Tingkatan 1 hingga 5).
-Pemberian baucer buku bernilai RM 200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTA), matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

16. Rancangan Tebatan Banjir
- Rancangan Tebatan Banjir di Perlis ( naik taraf empangan Timah Tasih Fasa 2 & melebar serta mendalam sungai Arau) , perak ( Sugai Kerian, Kuarau & Kolam Bukit Merah) & Johor ( Bandar & sungai Segamat) dengan kos satu bilion ringgit.

Wednesday, October 5, 2011

Lebih 300 GSTT di Sabah diserap ke jawatan tetap secara berperingkat

Kota Kinabalu: Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, lebih 300 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang belum dapat diserapkan menjadi guru terlatih akan mendapat tempat secara berperingkat-peringkat.

"Guru guru GSTT ini akan diambil secara berperingkat-peringkat kerana ia melibatkan jawatan yang diluluskan oleh JPA dan memang dalam proses pengambilan.

"Tahun ini kita tidak akan menawarkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kerana memberi laluan kepada guru-guru GSTT berkenaan." Katanya.

Puad berkata pihaknya telah pun berbincang dengan pihak JPA beberapa kali mengenai perkara itu.

Beliau berkata, pengambilan GSTT memberi kesan kepada guru-guru dari IPTA yang sedang menunggu tempat untuk penempatan mengajar yang akan graduasi pada bulan November ini dan guru-guru dari IPG seluruh negara.

"Justeru, kita akan mengambil secara berperingkat-peringkat dan ia juga bergantung dengan perbincangan kita dengan JPA.

"Mereka ini setelah diterima masuk nanti akan mengikuti Program Latihan Perguruan di IPG seluruh negeri untuk menjadi guru yang terlatih." katanya.

Mengenai penempatan mengajar guru-guru yang berasal dari Sabah, Puad berkata, mereka akan diutamakan untuk mengajar di negeri Sabah.

"Bagaimana pun penempatan guru-guru yang berasal dari Sabah adalah ditentukan oleh JPN negeri Sabah.

"Kita juga menggunakan kuota dengan mengutamakan guru-guru dari Sabah akan mengajar di Sabah.

"Itu adalah keutamaan yang akan diberikan perhatian, contonhnya di SK. Buaian kesemua gurunya adalah berasal dari Sabah".

Tambahnya lagi, mengenai bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada jumaat ini juga, akan banyak menumpukan kepada negeri Sabah dan Sarawak terutamanya dalam soal pendidikan kerana dengan adanya pendidikan yang kondusif anak-anak dari Sabah dan Sarawak mampu untuk bersaing dengan pelajar yang lain.



Sumber: New Sabah Times Online 5th October 2011