Tuesday, December 16, 2008

Kempen 'Restoran Harga Patut'

Minda Pengarang: Kempen 'Restoran Harga Patut'

MULAI semalam, harga minyak diturunkan lagi iaitu kali kedua dalam bulan ini dan ketujuh sejak dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu, tetapi orang ramai masih kebingungan mengenai harga barang yang dilihat begitu sukar untuk diturunkan. Kerajaan tidak boleh memaksa peniaga menurunkan harga barangan kecuali yang membabitkan barangan di bawah kawalan seperti tepung dan beras. Bagaimanapun, kerajaan boleh bertindak dengan lebih drastik lagi untuk mengambil tindakan jika peniaga menjual barangan dengan harga yang tidak munasabah atau memperkenalkan kaedah baru untuk menangani masalah ini. Contohnya, kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memasukkan peraturan penetapan harga munasabah dalam syarat mendapatkan lesen perniagaan bagi peniaga. Ini bagi membantu usaha kerajaan memantau harga barangan, khususnya makanan masak yang didapati masih mahal walaupun harga minyak sudah diturunkan beberapa kali. Idea ini dicetuskan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop, baru-baru ini dengan menyatakan bahawa PBT sedia bekerjasama dengan KPDNHEP untuk tujuan itu dan membantu dengan memanggil wakil persatuan berkaitan seperti persatuan penjaja bagi membincangkan syarat berkenaan. Kita berharap pihak kementerian terbabit, yang setakat ini belum memberi maklum balas, dapat melakukan sesuatu seperti disarankan itu. Kita berpendapat, selagi pihak berkuasa hanya memberi nasihat, teguran dan ancaman untuk mengambil tindakan, peniaga akan terus memekak telinga.
Benar, kempen penurunan harga yang dimulakan sejak Oktober lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pemilik pasar besar sama ada milik asing atau tempatan, tetapi ia masih tidak memberi kesan menyeluruh. Langkah pasar raya seperti Giant, Tesco, Carrefour, Mydin, The Store dan Jaya Jusco juga perlu ikhlas, bukan sekadar menyelitkan harga barangan kawalan itu antara puluhan barangan dalam senarai diumumkan untuk turun harga, melainkan barangan keperluan yang tidak tersenarai dalam barangan kawalan kerajaan. Selain itu, KPDNHEP perlu memperluaskan skop kempen ‘Kedai Harga Patut’ yang dilancarkan pada 2006, untuk turut meliputi ‘Restoran Harga Patut’. Kempen ini boleh dilakukan dan menasihatkan orang ramai supaya jangan makan dan minum di restoran tanpa logo ‘Restoran Harga Patut’. Untuk mendapatkan logo ini daripada KPDNHEP, pegawainya perlu terlebih dulu memeriksa dan menyenaraikan setiap harga patut seperti teh tarik, roti canai dan sebagainya untuk ditampal di hadapan restoran bagi membolehkan pengguna membandingkan harga. Tindakan ini bertujuan memberi tekanan kepada pengusaha, termasuk restoran mamak untuk menurunkan harga, sejajar penurunan harga minyak. Inilah antara kaedah terbaik dalam usaha kita bersama untuk melihat peniaga degil yang tidak menurunkan harga barangan pada kadar munasabah, turut berbuat demikian.

Monday, December 15, 2008

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi
Oleh Haika Khazi mfaizul@bharian.com.my

Penurunan kali kedua bulan ini, ketujuh sejak naik berikutan penyusunan semula subsidi PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, menjadikan harga petrol RON97 kini RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel RM1.70 seliter. Penurunan kali kedua bulan ini dan ketujuh sejak dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu juga menjadikan harga runcit petrol RON97 12 sen lebih rendah berbanding RM1.92 seliter, iaitu paras sebelum dinaikkan 78 sen kepada RM2.70 seliter. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan semalam berkata, pengurangan harga runcit petrol dan diesel sejajar penurunan harga minyak mentah dunia.

"Berkuat kuasa tarikh sama, harga petrol dan diesel subsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter daripada RM1.43 sen seliter kepada RM1.30 seliter seperti diumumkan sebelum ini," katanya. Mengikut formula penyelarasan harga bahan api berikutan penstrukturan semula subsidi minyak 5 Jun lalu, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia, selepas ditolak subsidi kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan mempercepatkan penurunan harga runcit sejajar aliran harga minyak mentah dunia supaya rakyat dapat menikmatinya segera.


Kerajaan mengumumkan penurunan harga pertama pada 23 Ogos lalu dengan petrol RON97 dan RON92 masing-masing turun 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel dikurangkan lapan sen kepada RM2.50 seliter. Ini diikuti pada 25 September lalu, apabila harga runcit bahan api berkenaan sekali lagi diturunkan 10 sen menjadikan harga petrol RON97 pada RM2.4; RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40) seliter. Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga kali ketiga dengan harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter kepada RM2.30, RON92 turun 10 sen seliter kepada RM2.20 dan diesel 20 sen seliter kepada RM2.20. Penurunan kali keempat harga runcit bahan api sebanyak 15 sen seliter pula berkuat kuasa 1 November dengan harga petrol RON97 pada RM2.15 seliter dan RON92 pada RM2.05 seliter, manakala diesel pada RM2.05 seliter.

Ini diikuti penurunan kali kelima, juga 15 sen berkuat kuasa 18 November, menjadikan harga petrol RON97 RM2 seliter, RON92 RM1.90 seliter dan diesel RM1.90 seliter. Berkuat kuasa 3 Disember lalu, harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen lagi menjadikan harga RON97 hanya RM1.90 seliter berbanding RM2 seliter sebelumnya manakala petrol RON92 dan diesel RM1.80 seliter berbanding RM1.90 seliter.

Sumber: Berita Harian Online ( Isnin, 15 Disember 2008)

Dividen, bonus ASB 8.75 sen

Dividen, bonus ASB 8.75 sen
Oleh Shahrizan Salianshahrizan@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) semalam mengumumkan agihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 1.75 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata 6.56 juta pemegang saham yang melanggan 62 bilion unit ASB akan menerima agihan pendapatan dan bonus itu yang dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan masing-masing. “Pengagihan pendapatan ASB membabitkan pembayaran RM4.22 bilion, manakala bonus RM678.03 juta," katanya pada sidang media di sini, yang turut dihadiri Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Tahun lalu, anak syarikat milik penuh PNB itu memberi agihan pendapatan sebanyak lapan sen dan bonus satu sen. Ahmad Sarji berkata, pengiraan agihan pendapatan dibuat berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, manakala pengiraan bonus berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sejak 10 tahun lalu bermula 1999. Sehubungan itu, semua urus niaga unit ASB ditangguhkan mulai 19 Disember ini sehingga 1 Januari 2009 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

Pemegang ASB boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat ASNB, pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari depan. Mengulas prestasi pelaburan ASB, Ahmad Sarji berkata sehingga 10 Disember lalu, dana ekuiti pendapatan itu memperoleh pendapatan kasar RM5.13 bilion. Pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang RM3.12 bilion atau 60.71 peratus kepada jumlah pendapatan kasar itu, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM1.58 bilion atau 30.75 peratus. “Pendapatan selebihnya berjumlah RM439 juta atau 8.54 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain,” katanya.

Lawatan Bush ke Baghdad dilempar dengan kasut

Lawatan Bush ke Baghdad dilempar dengan kasut

BAGHDAD: Seorang wartawan televisyen Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan memanggilnya 'anjing' pada satu sidang akhbar di Baghdad semalam. Tindakan luar kawalan wartawan terbabit, Muntazer al-Zaidi menyebabkan pegawai keselamatan Iraq dan ejen khidmat rahsia Amerika Syarikat terkejut. Mereka terus meluru ke arahnya dan menariknya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa keluar dari bilik Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengadakan sidang akhbar.
Bagaimanapun kasut berkenaan tidak mengenai sasaran. Bush sempat mengelak ketika berdiri di sebelah Maliki dan terkena dinding di belakangnya manakala satu lagi kasut terkena bendera Amerika Syarikat dan Iraq. Bush hanya tersenyum tapi jelas nampak tidak selesa dengan keadaan itu. "Saya langsung tak kisah," kata Bush sambil meminta semua bertenang berikutan kekecohan tercetus di bilik persidangan itu.

Ketika ditanya mengenai kejadian berkenaan selepas itu, Bush berkata "saya tidak berasa terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10," katanya. Beberapa wartawan Iraq lain memohon maaf bagi pihak rakan mereka itu yang dikenali sebagai pemberita sebuah televisyen. Bush tiba di Baghdad kelmarin sebagai lawatan selamat tinggal sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai presiden Januari ini. - Agensi

Sumber: Berita Harian Online (Selasa, 16 Disember 2008)

Thursday, December 11, 2008

INDUSTRI PETROKIMIA DI KIMANIS SABAH

PENGWUJUDAN INDUSTRI PETROKIMIA DI KIMANIS SABAH ADALAH TERANCANG & HASIL DARIPADA KAJIAN TERPERINCI YANG BERMULA TAHUN 2006

PERKARA INI DIRASIAHKAN SEBELUM INI KERANA MENGELAKKAN BERLAKUNYA SPEKULASI MENGENAI TANAH DLL

PEMBINAAN SEBUAH LOJI GAS CECAIR ASLI (LNG) & SUMBER GAS TIDAK DIBUAT SEPENUNYA DI SABAH KERANA DIDAPATI TIDAK MENGUNTUNGKAN DAN HANYA MEMBAZIR SUMBER DALAM KONTEKS NASIONAL ATAS SEBAB BERIKUT;

a) KITA MEMPUNYAI SEBUAH KOMPLEKS (LNG) DI BINTULU

b) LOJI LNG BINTULU MENGAMBIL MASA 30 TAHUN UNTUK DIMAJUKAN SEMENTERA KERTIH 25 TAHUN

c) KOS PEMBINAAN ADALAH MAHAL IAIATU US$ 1,200 SE TAN & LOJI KETIGA BINTULU BERHARGA US$ 200 SE TAN

KIMANIS AKAN DIJADIKAN TERMINAL MINYAK & GAS SABAH (SOGT) IAITU MENGHANTAR SEBAHAGIANNYA KE BINTULU & MENGGUNAKAN SELEBINYA UNTUK MENYOKONG INDUSTRI HILIRAN DI LOJI PETROKIMIA

INDUSTRI INI MEMERLUKAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL YANG TINGGI